Watak Ragnarok the Animation

Watak utama

  • Roan—swordsman (pemedang) dalam cerita yang hendak mengumpul tenaga demi melindungi rakan karibnya Yuufa.
  • Yufa—acolyte (penyembuh) dan sahabat karib Roan yang masih terkenang pemergian abangnya Keough.
  • Takius—mage (ahli sihir) yang dilitup matanya oleh gurunya Zephyr, kononnya untuk membantunya mencari "kebenaran" di dunia.
  • Maaya—merchant (saudagar) yang bersikap suka mengambil kesempatan dan mengamalkan cara niaga yang meragukan. Diiringi Poring peliharaannya bernama Poy-Poy.
  • Iruga—assasin (pembunuh) yang pernah berkawan dengan Keough sewaktu muda yang melindungi Roan dan Yufa dalam perjalananna kerana terkenang kematian Keough.
  • Judia—hunter (pemburu) yang mahir menggunakan panah dan berhubungan rapat dengan Iruga.

Watak jahat utama

  • Dark Lord—lambang kejahatan terulung di Rune-Midgard yang mampu menggugat keamanan dunia meskipun dikurung oleh Tujuh Impian.
  • Keough—abang kepada Yufa yang terkorban dalam pertembungan dengan raksasa Abysmal Knight di Glast Heim tetapi dibangkitkan semula dan dijadikan hamba oleh Dark Lord.
  • Zephyr—guru Takius yang kaya dengan ilmu sihir tetapi jiwanya dipenuhi ketidaksiumanan lalu memberi laluan kepada Dark Lord untuk memanipulasinya.
  • Zealotus—baka separuh raksasa, separuh manusia yang mengalami perjudis dari komuniti manusia lalu mengembangkan rasa benci terhadap manusia.